Gerakan Islam pertama yang diasaskan oleh Al-Imam Hassan
Al-Bannna merupakan titik tolak bekembangnya jemaah-jemaah dan harakah-harakah
Islam di seluruh dunia. Dalam memacu dunia gerakan Islam, Imam Hassan Al-Banna
mengiktiraf golongan wanita Islam atau muslimah sebagai golongan yang menjadi
sayap kiri kepada kaum muslimin dalam gerakan Islah dan Dakwah ummah ini.
Kini,
muslimah bukan sahaja di pandang sebagai pembantu kepada golongan muslimin
dalam gerakan Islam, malah kehadiran mereka telah banyak memberi kesan kepada
masyarakat sesuai dengan matlamat harakah Islamiah iaitu al-Hudhur
al-Muassir (kehadiran yang memberi kesan). Atas dasar inilah tertegaknya Nizhom
Akhawat di dalam tanzim gerakan Islam, di samping menjaga kebajikan dan
kemuliaan wanita Islam dalam berharakah.
Antara elemen penting Nizhom Akhawat yang digariskan oleh Imam Hassan Al-Banna
dalam karangannya; Prinsip-prinsip Asas 'Amal Islami ialah "Mengembangkan
pengetahuan umum yang boleh meluaskan pemikiran dan pengetahuan mereka".
Elemen ini menegaskan bahawa kewajipan untuk setiap adli muslimah dalam harakah
Islam untuk merencanakan keilmuan mereka di setiap sudut dalam domainnya sebagai
gambaran muslimah adalah agen muslih dalam masyarakat. Antara langkah yang
pelaksanaan yang digagaskan untuk dilaksanakan ialah:
· Mengadakan
perbincangan dan perbahasan sesama muslimat berkaitan Fiqh Wanita untuk memberi
kesedaran dan kefahaman kepada golongan wanita tentang dunia wanita Islam
· Menganjurkan
seminar/bengkel berkenaan perkara-perkara ilmiah dan isu semasa di domain
masing-masing untuk mengetuk pemikiran dan mentaliti wanita berkenaan peranan
wanita dalam masyarakat terhadap gejala-gejala negative yang sedang melanda di
kalangan wanita
· Menulis/mengarang
artikel tentang hakekat kewanitaan dan isu-isu wanita dan diedarkan hasil
tulisan untuk tatapan masyarakat umum khususnya wanita bagi menyampaikan mesej
peribadi berkenaan masalah yang sedang melanda dan penyelesaian terhadap
permasalahan itu
· Mencipta
modul-modul yang kreatif tentang perihal kewanitaan dan dilaksanakan di setiap
domain ahli harakah muslimah
Wallahua'lam.
Sumber : Blog sahabat
RM : Mencuba gaya penulisan baru untuk masa depan da'wah, Insya Allah ;)