Monday, February 13, 2012

PERANAN AKHAWAT DALAM HARAKAH ISLAM

Gerakan Islam pertama yang diasaskan oleh Al-Imam Hassan Al-Bannna merupakan titik tolak bekembangnya jemaah-jemaah dan harakah-harakah Islam di seluruh dunia. Dalam memacu dunia gerakan Islam, Imam Hassan Al-Banna mengiktiraf golongan wanita Islam atau muslimah sebagai golongan yang menjadi sayap kiri kepada kaum muslimin dalam gerakan Islah dan Dakwah ummah ini.

Kini, muslimah bukan sahaja di pandang sebagai pembantu kepada golongan muslimin dalam gerakan Islam, malah kehadiran mereka telah banyak memberi kesan kepada masyarakat sesuai dengan matlamat harakah Islamiah iaitu al-Hudhur al-Muassir (kehadiran yang memberi kesan). Atas dasar inilah tertegaknya Nizhom Akhawat di dalam tanzim gerakan Islam, di samping menjaga kebajikan dan kemuliaan wanita Islam dalam berharakah.

Antara elemen penting Nizhom Akhawat yang digariskan oleh Imam Hassan Al-Banna dalam karangannya; Prinsip-prinsip Asas 'Amal Islami ialah "Mengembangkan pengetahuan umum yang boleh meluaskan pemikiran dan pengetahuan mereka". Elemen ini menegaskan bahawa kewajipan untuk setiap adli muslimah dalam harakah Islam untuk merencanakan keilmuan mereka di setiap sudut dalam domainnya sebagai gambaran muslimah adalah agen muslih dalam masyarakat. Antara langkah yang pelaksanaan yang digagaskan untuk dilaksanakan ialah:

·        Mengadakan perbincangan dan perbahasan sesama muslimat berkaitan Fiqh Wanita untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada golongan wanita tentang dunia wanita Islam

·        Menganjurkan seminar/bengkel berkenaan perkara-perkara ilmiah dan isu semasa di domain masing-masing untuk mengetuk pemikiran dan mentaliti wanita berkenaan peranan wanita dalam masyarakat terhadap gejala-gejala negative yang sedang melanda di kalangan wanita

·        Menulis/mengarang artikel tentang hakekat kewanitaan dan isu-isu wanita dan diedarkan hasil tulisan untuk tatapan masyarakat umum khususnya wanita bagi menyampaikan mesej peribadi berkenaan masalah yang sedang melanda dan penyelesaian terhadap permasalahan itu

·        Mencipta modul-modul yang kreatif tentang perihal kewanitaan dan dilaksanakan di setiap domain ahli harakah muslimah

Wallahua'lam.

Sumber : Blog sahabat 

RM : Mencuba gaya penulisan baru untuk masa depan da'wah, Insya Allah ;)

.: POST MENARIK :.